Cover
Avatar

Sinar Harian

Videos: 19940 & Playlists: 17

Malaysia First Social TV

All Video By Sinar Harian

Malaysia antara negara terawal edar kad haji Nusuk
02:23
Malaysia antara negara terawal edar kad haji Nusuk

Malaysia antara negara terawal edar kad haji Nusuk

BERITA SEMASA 20 MEI 2024

Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara sejak Sabtu, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian, lapor wartawan Sinar Harian, Riswandi Razak.

Ketua Rombongan Haji 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jemaah Malaysia harus membawa dan menggunakan kad haji Nusuk ini kerana akan berfungsi sebagai dokumen rasmi pengenalan diri yang membolehkan jemaah masuk ke tempat beribadat di Tanah Suci.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665601/berita/nasional/malaysia-antara-negara-terawal-edar-kad-haji-nusuk#google_vignette

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #ArabSaudi #KadHajiNusuk

Koleksi syiling 100 tahun dunia paling berharga
01:27
Koleksi syiling 100 tahun dunia paling berharga

Koleksi syiling milik seorang hartawan mentega Denmark mencecah hampir 60 juta pound (RM356 juta) akhirnya dilelong selepas 100 tahun beliau meninggal dunia.

Muzik: Vibin Sneaky - Hipper dari Bensound.com

JAINJ tingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
01:09
JAINJ tingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram

BERITA SEMASA 19 MEI 2024

Pemantauan terhadap penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram akan dipertingkatkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) susulan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, pada Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pihaknya sedia maklum mengenai kerisauan masyarakat selepas insiden berdarah yang mengorbankan dua anggota polis itu.

Jelasnya, langkah meningkatkan pemantauan ajaran sesat itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/665596/berita/semasa/jainj-tingkat-pemantauan-ajaran-sesat-di-ulu-tiram

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #JAINJ #ulutiram

26 tahun hilang rupanya dikurung jiran
01:02
26 tahun hilang rupanya dikurung jiran

Seorang remaja lelaki hilang 26 tahun lalu ditemui masih hidup di bilik bawah tanah di rumah jirannya, hanya kira-kira 100 meter dari kediaman keluarganya.

Omar Omran ketika itu berusia 19 tahun dilapor hilang ketika dalam perjalanan ke sekolah vokasional di Algeris pada 1998.

Muzik: Bensound - Veace D - Lost in the Haze

Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

#SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Dunia #Global #Algeria #Jenayah #Culik #Kurung #Jiran #26Tahun

Kampung 'Hantu' kembali popular
01:39
Kampung 'Hantu' kembali popular

Bayangkan jika anda berada di sebuah perkampungan yang sekelilingnya sudah bersatu dengan alam semula jadi.

Tahukah anda, di China terdapat sebuah perkampungan yang digelar sebagai ‘kampung paling hijau’.

Kawasan ini dikenali dengan nama Kampung Houtouwan yang terletak di kepulauan Shengshan di bahagian pantai timur China.

Muzik: Marcus - Shine Up dari bensound.com

#SinarHarian #SinarTerkini #KampngHantu #KamungPalingHijau #China #Houtouwan

Perjalanan tujuh jam bersama keranda anak meruntun hati
01:08
Perjalanan tujuh jam bersama keranda anak meruntun hati

Perjalanan tujuh jam bersama keranda anak meruntun hati

BERITA SEMASA 18 MEI 2024

Perjalanan tujuh jam dari Johor Bahru, Johor ke Kampung Poh Tambahan, Bidor Perak bersama keranda anak, Konstabel Ahmad Azza Fahmi meruntun hati bapa, Azhar Khaiden, 54, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665519/berita/semasa/jenazah-konstabel-ahmad-azza-fahmi-selamat-dikebumikan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #UluTiram #JI #mangsaseranganbalaipolisulutiram #balaipolisulutiram

Hajat ibu-bapa mahu lihat anak tunai haji usia muda termakbul
02:42
Hajat ibu-bapa mahu lihat anak tunai haji usia muda termakbul

Hajat ibu-bapa mahu lihat anak tunai haji usia muda termakbul

BERITA SEMASA 18 MEI 2024

Hajat ibu bapa yang mahu semua anaknya menunaikan haji di usia muda termakbul apabila lima daripada enam anak mereka bersama tiga menantu terpilih menjadi jemaah haji bagi musim 1445M/2024, lapor wartawan Sinar Harian, Riswandi Razak.

Rezeki itu adalah hasil perancangan dan simpanan wang selama lebih 18 tahun yang dilakukan oleh Abdul Wahab Md Saad serta Norani Mohamed Noh.

Dalam tempoh itu, wang hasil pendapatan sebagai pekerja swasta dan jururawat dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji setiap bulan bagi memastikan anak-anak mereka dapat menunaikan ibadat Rukun Islam kelima itu.

Seorang daripada anak mereka, Mohamad Fadhzli Abdul Wahab 29, berkata, walaupun ibu bapa tidak dapat bersama-sama ke Tanah Suci, namun semangat dan pesanan tetap menjadi ingatan mereka lapan beranak.

Menurutnya, ibu bapa sememangnya mahu mereka mengerjakan haji di usia muda agar dapat melaksanakan ibadat dalam keadaan sihat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665395/berita/nasional/tunai-ibadah-haji-hasil-jasa-ibu-bapa

#SinarHarian #BeritaSemasa #hajidiusiamuda #ibadahhaji

UMNO perlu bentuk gabungan, gagasan baharu - Bung Moktar
01:32
UMNO perlu bentuk gabungan, gagasan baharu - Bung Moktar

UMNO perlu bentuk gabungan, gagasan baharu - Bung Moktar

BERITA SEMASA 18 MEI 2024

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berpandangan bahawa partinya itu perlu membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Beliau berkata, perkembangan politik semasa negara termasuk di Sabah menunjukkan tiada satu parti pun yang boleh memerintah melainkan melalui gabungan.

Jelasnya, beliau merasakan keadaan politik semasa termasuk di Sabah, tidak akan ada satu parti termasuk di Sabah kerana telah melalui pilihan raya dan kena ada satu gagasan serta gabungan baharu.

Menurut beliau, alasannya adalah rakyat sudah tidak boleh menerima satu parti sebab pengundi muda melihat bagaimana parti-parti di Sabah pernah memerintah dan pernah jadi pembangkang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665368/berita/politik/umno-perlu-bentuk-gabungan-gagasan-baharu---bung-moktar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #bentukgagasanbaharu #UMNO

Bung Moktar tepis dakwaan pelantikan JKDM strategi 'pecah dan perintah'
01:38
Bung Moktar tepis dakwaan pelantikan JKDM strategi 'pecah dan perintah'

Bung Moktar tepis dakwaan pelantikan JKDM strategi 'pecah dan perintah'

BERITA SEMASA 18 MEI 2024

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menepis dakwaan pelantikan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) diwujudkan sebagai strategi UMNO untuk 'pecah dan perintah' rakyat di negeri ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu menjelaskan JKDM diwujudkan adalah untuk menyelaras program memperkasakan ekonomi dan keusahawanan penduduk kampung dengan matlamat membantu mengurangkan kemiskinan tegar di Sabah.

Kata Bung Moktar, dakwaan mengatakan pecah dan perintah itu adalah daripada pemimpin yang tidak mempunyai maklumat serta tidak memahami mengenai fungsi JKDM.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665365/berita/politik/bung-moktar-tepis-dakwaan-pelantikan-jkdm-strategi-pecah-dan-perintah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #pecahdanperintah #UMNO #JKDM #Sabah

'Dia anak yang baik, reda ketentuan' -  Bapa Ahmad Azza Fahmi
01:38
'Dia anak yang baik, reda ketentuan' - Bapa Ahmad Azza Fahmi

'Dia anak yang baik, reda ketentuan' - Bapa Ahmad Azza Fahmi

BERITA SEMASA 17 MEI 2024

Bapa kepada Ahmad Azza Fahmi Azhar, anggota polis yang terkorban kerana serangan individu yang dipercayai ada kaitan dengan Jemaah Islamiyah (JI) reda dengan pemergian anaknya itu dan menyifatkan arwah seorang anak yang sangat baik.

Azhar Khaiden yang bertemu anaknya buat kali terakhir pada Ramadan lalu berkata, tiada sebarang perubahan ditunjukkan malah arwah sempat berhubung melalui WhatsApp keluarga pada malam sebelum kejadian.

Ahmad Azza Fahmi merupakan salah seorang daripada dua wira negara yang terkorban dalam insiden serangan oleh seorang lelaki bertopeng dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi Jumaat.

Mangsa yang berpangkat Konstabel dan rakannya, Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said maut dalam kejadian pada jam 2.54 pagi itu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #JI #Ulutiram

Serang Balai Polis Ulu Tiram untuk rampas senjata api - KPN
01:54
Serang Balai Polis Ulu Tiram untuk rampas senjata api - KPN

BULETIN TIKTOK 17 MEI 2024

Motif serangan seorang lelaki yang menembak mati dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi anggota di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada Jumaat dipercayai untuk merampas senjata api.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 21 tahun itu disyaki anggota Jemaah Islamiyah (JI) dan sudah membuat persiapan rapi sebelum melakukan serangan berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665247/berita/semasa/suspek-serang-balai-polis-ulu-tiram-untuk-rampas-senjata-api---kpn

Muzik: Theater of Delays - Black Sea - No Drums Version dari bendsound.com

#SinarHarian #BuletinTikTok #SeranganBalaiPolis #UluTiram #JohorBahru

Kronologi insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram
02:32
Kronologi insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram

Negara hari ini digemparkan dengan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi hingga mengorbankan dua anggota polis.

Berikut kronologi insiden terbabit.

Muzik: Theatre Of Delays - Temporal Illusions dari Bensound.com

'Arwah jadikan mengaji al-Quran, solat sunat amalan' - Suami
01:30
'Arwah jadikan mengaji al-Quran, solat sunat amalan' - Suami

BERITA SEMASA 17 MEI 2024

Allahyarham Rosnah Ramli, 60, yang meninggal dunia selepas solat Maghrib berjemaah di Masjid Zahir pada Khamis menjadikan mengaji al-Quran setiap hari sebagai amalan semasa hayatnya, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Suaminya, Ishak Mat Saman, 65, berkata, isterinya sentiasa membaca al-Quran dan melakukan solat sunat.

Menurutnya, arwah isterinya yang merupakan surirumah akan melakukan solat tahajjud apabila terjaga dari tidur malam.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/665277/edisi/utara/arwah-jadikan-mengaji-al-quran-solat-sunat-amalan---suami

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #alquran #Solatsunat

Pengawal keselamatan curi duit di mesin CDM dipenjara lima bulan
01:18
Pengawal keselamatan curi duit di mesin CDM dipenjara lima bulan

Pengawal keselamatan curi duit di mesin CDM dipenjara lima bulan

BERITA SEMASA 17 MEI 2024

Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman lima bulan penjara di Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pendakwaan mencuri duit milik sebuah kedai serbaneka di Melang, Kuala Pilah berjumlah RM2,190, Mac lalu, lapor lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Tertuduh Anis Abdul Aziz, 56, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayuti.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM2,190 milik syarikat MyCU Retail Sdn Bhd di sebuah bank di daerah Kuala Pilah pada 31 Mac lalu jam 2.53 petang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665240/berita/semasa/pengawal-keselamatan-curi-duit-di-mesin-cdm-dipenjara-lima-bulan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #CuriDuit

'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
02:54
'Sanusi bukan pengganas' - Peguam

'Sanusi bukan pengganas' - Peguam

BERITA SEMASA 17 MEI 2024

Peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud menegaskan Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Beliau berkata demikian selepas pihak pendakwaan kekal dengan pendirian bahawa, senarai nama dan pernyataan saksi yang akan dipanggil ke mahkamah hanya akan diserahkan dalam masa 14 hari sebelum perbicaraan, yang dijadualkan bermula Julai depan.

Menurut Awang Armadajaya, Muhammad Sanusi Md Nor, 50, tidak pernah melakukan jenayah keganasan, mendera atau mengugut orang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665270/berita/semasa/sanusi-bukan-pengganas---peguam

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Sabusi #MBKedah

Mek Thanaletchumi lebih selesa bertutur loghat Kelantan
02:49
Mek Thanaletchumi lebih selesa bertutur loghat Kelantan

Mek Thanaletchumi lebih selesa bertutur loghat Kelantan

BERITA SEMASA 17 MEI 2024

Thanaletchumi Govindasamy, 46, sering dipandang pelik apabila dia lebih banyak bertutur menggunakan loghat Kelantan berbanding Bahasa Tamil, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Anak kelahiran Berek 12 Kota Bharu itu yang lebih mesra disapa dengan panggilan 'Mek' dalam kalangan rakan-rakannya yang terdiri daripada bangsa Melayu dan Cina.

Ibu kepada dua anak itu mengakui dia jarang menggunakan Bahasa Tamil dalam kehidupan hariannya.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Bensound Dreams

#SinarHarian #BeritaSemasa #Thalanaletchumibertuturloghatkelantan #Kelantan

Penganggur didakwa mengedar dadah
00:54
Penganggur didakwa mengedar dadah

BERITA SEMASA 17 MEI 2024

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram (kg) dadah pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.

Tertuduh, A Nathan, 48, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 9,200 gram di kawasan sekitar bangunan pasar raya di Medan Stesen 19/9, Taman Pengkalan Jaya sekitar jam 1.15 petang pada 13 Mei lalu.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/665232/berita/semasa/penganggur-didakwa-mengedar-dadah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #dadah #pengedar #heroin

PDRM tingkat kawalan semua balai polis
00:50
PDRM tingkat kawalan semua balai polis

PDRM tingkat kawalan semua balai polis

BERITA SEMASA 17 MEI 2024

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan keselamatan di semua balai polis di Johor, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggotanya, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, antara langkah akan diambil adalah meningkatkan rondaan di balai berkenaan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665259/berita/semasa/pdrm-tingkat-keselamatan-di-balai-polis

#SinarHarian #BeritaSemasa #KesTembak #uluTiram #JI #JemaahIslamiyah

Suspek kes serang Balai Polis Ulu Tiram dipercayai ahli Jemaah Islamiyah - KPN
02:39
Suspek kes serang Balai Polis Ulu Tiram dipercayai ahli Jemaah Islamiyah - KPN

Suspek kes serang Balai Polis Ulu Tiram dipercayai ahli Jemaah Islamiyah - KPN

BERITA SEMASA 17 MEI 2024

Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bahru awal pagi tadi, dipercayai ahli Jemaah Islamiyah(JI).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, susulan kejadian itu, polis melakukan serbuan di rumah suspek di Ulu Tiram dan menahan lima ahli keluarga lelaki terbabit, berusia 19 hingga 62 tahun.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665233/berita/semasa/suspek-kes-serang-balai-polis-ulu-tiram-dipercayai-ahli-jemaah-islamiyah---kpn

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #KesTembak #uluTiram #JI #JemaahIslamiyah

Representasi Sanusi batal dua tuduhan menghasut ditolak
01:28
Representasi Sanusi batal dua tuduhan menghasut ditolak

BERITA SEMASA 17 MEI 2024

Representasi yang dikemukakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk membatalkan dua tuduhan menghasut ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 3 Mei lalu.

Semasa prosiding sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud berkata, keputusan itu telah dimaklumkan kepada pihak pembelaan yang mewakili Sanusi, 50, sebelum ini.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/665216/berita/semasa/representasi-sanusi-batal-dua-tuduhan-menghasut-ditolak

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Sanusi #Kedah #SultanSelangor


Next Page


© 2023 - All Rights Reserved.