'Ranjau Sepanjang Jalan'', tinjauan berulang tentang impak kos sara hidup pasca pandemik terhadap isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur', yang dijalankan UNICEF dari 14 Oktober 2023 hingga 16 November 2023. Bagaimana untuk mengenal pasti setiap dimensi dalam kemiskinan yang kritikal di Malaysia dan apakah persediaan yang perlu dilakukan?
Bersama Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
AWANI Pagi bawakan perbincangan berkenaan pertandingan scrabble yang akan diadakan di Universiti Malaya.
[LANGSUNG] #AWANIpagi | 9 Mei 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad dan Azib Zikry
- Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’,
- Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berisiko berulang - ILAM
- Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
#AWANInews #AWANIPagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadual pada Jumaat.
Baginda bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa kerana pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.
Kira-kira 20 ekor anjing terperangkap dalam sebuah bangunan di negeri paling selatan Brazil, Rio Grande do Sul.
Situasi itu mendorong sukarelawan penyelamat menyertai misi penyelamatan mereka pada Rabu ketika usaha mencari mangsa hujan lebat yang telah membunuh 100 dan menyebabkan 128 hilang, masih diteruskan.
Puting beliung yang melanda Michigan mengakibatkan bahagian hadapan kedai musnah tanpa dinding atau bumbung di sebuah pusat beli-belah kecil di Portage, Michigan pada Rabu.
Seorang pengurus restoran berkata, situasi itu memaksa kakitangannya berteduh di dalam peti sejuk restoran tersebut, bagi menyelamatkan nyawa mereka.
Wanita di Israel berhimpun di Tel Aviv pada Rabu, menuntut pembebasan kira-kira 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza selepas enam bulan perang Israel terhadap Hamas.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berdepan tekanan dan bergelut dengan tekanan di dalam dan luar negara apabila beliau membuat pertimbangan sejauh mana operasi mengalahkan hamas di rafah akan terus dilakukan.
Tentera Israel mengadakan latihan tembakan secara langsung di Golan Heights yang dikuasai rejim itu pada Rabu.
Golan Heights merupakan sebahagian daripada Syria sehingga tahun 1967, namun ditawan Israel dalam Perang Enam Hari, yang kemudiannya diduduki dan dijajah rejim itu pada tahun 1981.
Israel bertanggungjawab untuk membuka lintasan Rafah bagi membenarkan pekerja bantuan dan kemanusiaan memasuki lintasan itu secepat mungkin membantu pelarian di sana.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller berkata ia keputusan Israel untuk merampas, menyerang dan mengawal lintasan Rafah adalah tidak boleh diterima.
Serangan Israel ke atas lebih sejuta rakyat Palestin yang berlindung di kem pelarian terpadat di dunia, Rafah dilihat semakin diperhebat.
Terbaharu kereta kebal Israel dilihat menembak ke arah bandar selatan Rafah yang sesak di Gaza pada Rabu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor menjalankan pemantauan di beberapa lokasi susulan kejadian banjir kilat di Kajang petang Rabu.
Bapanya, Abdul Halim Saad, 60, berkata mereka sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpa anak keempat daripada lima beradik itu dan menganggap ia sebagai ketentuan tuhan.
Kerajaan Kelantan memberikan bantuan sebanyak RM300,000 kepada pengurusan Tabung Haji (TH) negeri bagi melancarkan proses perjalanan seramai 2,360 jemaah haji di negeri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia termasuk yang terbaharu iaitu penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 Riyal bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji seperti memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji di negara itu
Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ke Madinah itu berlepas pada 12.05 tengah malam dan dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 3.50 pagi waktu tempatan.
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih pada hari Jumaat.
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Sebuah pesawat kargo Boeing 763 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye kerana berhadapan dengan masalah pada gear pendaratannya. Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu itu, kesemua kru telah dipindahkan dengan selamat daripada pesawat milik syarikat penghantaran Amerika Syarikat, FedEx.